suria

Campak anak 11 bulan ke sungai hingga maut, bapa dikatakan sakit mental

Zak Bennett-Eko didakwa membunuh anak lelakinya berusia 11 bulan. foto MEN Media

SEORANG lelaki yang mencampak bayi lelakinya berusia 11 bulan ke sungai hingga maut, didapati bersalah kerana membunuh.

Zak Bennett-Eko, 23, mencampak bayinya, Zakari Bennett-Eko ke Sungai Irwell di Radcliffe, Greater Manchester di United Kingdo.

Kanak-kanak malang itu maut setelah dibawa keluar oleh pasukan perkhidmatan kecemasan pada kira-kira pukul 5.15 petang (waktu tempatan), 11 September tahun lalu.

Bapa mangsa dilihat mencampak anak lelakinya ke sungai sebelum berjalan ke sebuah pub berdekatan.

Dia kemudian ditahan di pub tersebut.

Menerusi perbicaraan selama enam hari di mahkamah Nightingale di Salford, Bennett-Eko yang mengalami skizofrenia percaya anaknya bertukar menjadi kejahatan.

Pihak pembelaannya menjelaskan bahawa dia mengalami masalah mental, tidak menyedari apa yang dilakukannya itu wajar, dan tidak seharusnya bersalah kerana tidak siuman.

Bagaimanapun, pihak pendakwaan menyatakan bahawa Bennett-Eko seharusnya didapati bersalah atas pembunuhan itu.

Perbicaraan kes ditangguh sehingga Selasa. - Metro UK

Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!

Artikel Berkaitan

Artikel Lain

Ahmad Said, isteri disahkan positif Covid-19