suria

Kim Jong-un dan keluarga diberi vaksin Covid-19 dari China, dakwa penganalisis AS

Kom Jong-un dikatakan telah menerima suntikan vaksin Covid-19 dalam tempoh tiga minggu lalu. Foto: Getty Images

KIM Jong-un dan keluarganya dilaporkan telah diberi vaksin Covid-19 eksperimental dari China.

Pemimpin Korea Utara itu juga dikatakan telah menerima suntikan vaksin berkenaan dalam tempoh kira-kira tiga minggu lalu.

Perkara itu didedahkan oleh penganalisis Amerika Syarikat (AS), Harry Kazianis yang memetik dua sumber perisikan Jepun.

Kazianis, yang juga 'think-tank' di Center for the National Interest di Washington mendedahkan beberapa pegawai kanan kerajaan Korea Utara juga telah diberi vaksin berkenaan.

Dia bagaimanapun berkata, masih tidak jelas mengenai firma yang membekalkan calon vaksin itu, dan sama ada ia terbukti selamat.

"Kim Jong-un dan beberapa pegawai tinggi lain dalam keluarga dan rangkaian kepemimpinannya telah divaksin dalam tempoh dua hingga tiga minggu lalu, hasil calon vaksin yang diberikan oleh pemerintah China," katanya. - Dailystar

Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!

Artikel Lain