suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Penumpang tren selamba jadikan seluar dalam sebagai topeng muka

Seorang penumpang dilihat memakai seluar dalam pada bahagian muka. Foto Mirror

SEORANG lelaki selamba menjadikan seluar dalam sebagai topeng muka bagi mencegah jangkitan Covid-19.

Menurut laporan Dublin Live, ketika kejadian, lelaki berkenaan menaiki tren.

Susulan amaran yang dikeluarkan oleh Ireland, pihak kesihatan menggesa orang awam mengikut garis panduan bagi mencegah penularan wabak.

Tindakan lelaki itu dirakamkan semasa tren DART dalam perjalanan ke Howth pada pukul 6 petang waktu tempatan, Khamis lalu.

Seorang penumpang, Cian Brady membuat gurauan: "Kenapa perlu memakai topeng muka kalau pakai seluar dalam pun boleh."

Bercakap kepada Dublin Live: "Tiada sesiapa yang menegurnya, tak ramai yang menyedari apa yang dipakainya pada muka.

"Di sebalik topeng muka, saya tak berhenti ketawa. Pakailah topeng muka yang betul!"

Pemakaian topeng muka di dalam pengangkutan awam adalah diwajibkan di Republik Ireland, bermula awal bulan ini. - Mirror

Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!

seluar dalam, topeng muka, tren,

Artikel Lain