suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Kejam! Pemandu bas maut selepas diserang 5 penumpang enggan pakai topeng muka

Philippe Monguillot (kanan) bersama isterinya, Veronique. Foto Mirror

SEORANG pemandu bas warga Perancis maut selepas diserang oleh lima penumpang yang enggan memakai topeng muka.

Kejadian serangan kejam itu berlaku di Bayanonee, di barat Perancis.

Mangsa, Philippe Monguillot yang berusia 58 tahun, mengalami kerosakan otak.

Tiga penumpang dikatakan menyerang Monguillot selepas dia mahu melihat tiket mereka, dan bertegas supaya mereka memakai topeng muka.

Pemakaian topeng muka diwajibkan apabila menggunakan pengangkutan awam di Perancis, berikutan pandemik Covid-19.

Monguillot meninggal dunia pada Jumaat selepas lima hari terlantar di hospital.

Mangsa meninggalkan seorang balu dan tiga anak perempuan berusia antara 18 dan 24 tahun.

Susulan kejadian itu, dua lelaki berusia 20-an didakwa kerana cubaan membunuh.

Dua lagi lelaki didakwa kerana tidak membantu seorang dalam bahaya, dan lelaki kelima berhadapan dengan cubaan menyembunyikan seorang suspek. - Mirror

Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!

Artikel Lain