Lelaki gigit burung cuba curi burger McDonald's

Seorang lelaki bertindak menggit seekor burung yang cuba mencuri burger McDonald's kepunyaannya. Foto SWNS

SEORANG lelaki ditahan polis selepas didakwa menggigit seekor burung semasa di bawah pengaruh dadah.

Ketika kejadian, pasukan polis di Cornwall, United Kingdom membuat rondaan di Plymouth, pada petang Khamis.

Mereka dipanggil ke lokasi kejadian selepas berlaku kekecohan melibatkan seorang gelandangan.

Suspek lelaki berusia 26 tahun difahamkan, memberitahu polis terdapat seekor burung camar menyerangnya untuk mendapatkan makanan McDonald's kepunyaannya.

Polis mendakwa lelaki berkenaan menangkap burung tersebut dan menggigitnya.

"Dia kemudian mencampakkan burung itu ke lantai selepas menggigitnya," kata seorang jurucakap kepada PLymouthLive.

Tambahnya, pasukan polis yang menyaksikan kejadian itu segera menahan dan mengambil keterangan suspek.

"Suspek didapati di bawah pengaruh dadah dan dibawa ke Hospital Derriford untuk rawatan.

"Burung camar itu kelihatan cedera tetapi terbang sebelum kami sempat melihat keadaannya," katanya. - Daily Star

Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!

burger, gigit, burung, McDonald’s,

Artikel Berkaitan

Artikel Lain