suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Kejam! Wanita sarat mengandung ditemui mati dengan kesan tikaman di dada, mayat tergantung di pokok

Tshegofatso Pule dilaporkan hilang pada 4 Jun sebelum mayatnya ditemui dalam keadaan menyayat hati empat hari kemudian. Foto: BBC.Co

SEORANG lelaki didakwa di mahkamah Afrika Selatan atas tuduhan membunuh seorang wanita yang sarat mengandung yang mayatnya ditemui dengan kesan tikaman dan tergantung di sebatang pokok minggu lalu.

Mzikayise Malephane didakwa membunuh Tshegofatso Pule, wanita yang berusia 28 tahun dan sedang hamil lapan bulan.

Pule dilaporkan hilang pada 4 Jun dan empat hari kemudian orang awam menemui mayatnya di pinggir bandar Johannesburg.

Mayat wanita malang itu ditemui tergantung pada sebatang pokok dengan kesan ditikam di dada.

Kematian wanita itu membangkitkan gelombang kemarahan di Afrika Selatan di mana hashtag #JusticeForTshego menjadi trend di Twitter.

Pihak berkuasa bagaimanapun tidak menyatakan sama ada pelaku tersebut mengenali si mati.

Polis telah meminta orang ramai untuk membantu siasatan kerana mereka mengesyaki bahawa lebih ramai individu yang terlibat dengan pembunuhan berkenaan. - BBC.Com

Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!

hamil, pokok, tergantung

Artikel Lain