suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Hilang sebelah kaki angkara pemandu mabuk sewaktu kanak-kanak, wanita ini kini seorang model Vogue!

KIARA

KEADAAN fizikal bukanlah penghalang untuk mencapai impian!

Siapa sangka, gadis kecil yang dahulunya kehilangan sebelah kaki angkara pemandu mabuk, kini berjaya membuktikan kekurangan dirinya bukanlah alasan untuk terus mengorak langkah.

Kiara Marshall, 27, kini mampu mengukir senyum bahagia apabila menandatangani kempen untuk Tommy Hilfiger dan Teen Vogue sebagai model.

Wanita ini ingin memberi inspirasi kepada orang kurang upaya yang lain untuk mengejar impian mereka.

Kiara dari Brooklyn, New York, kehilangan kaki kanannya pada Independence Day 2003 ketika meraikan detik bersejarah itu bersama keluarganya.

Dia yang ketika itu berusia 10 tahun dilanggar sebuah kereta dan pemandunya didapati mabuk.

Doktor terpaksa memotong kaki kanan Kiara untuk menyelamatkan nyawanya.

"Saya terasa keseorangan dan tidak melihat orang lain yang tiada kaki sebelum ini. Menginjak dewasa, saya memutuskan untuk membuat perubahan agar lebih ramai orang seperti saya di media, supaya anak-anak kecil lain dapat melihat seseorang yang boleh dijadikan contoh," katanya. - Metro.co.uk

Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!

Vogue, model, kaki

Artikel Lain