suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Pertama kali bertemu sejak ‘lockdown’, sekumpulan 15 sekawan dijangkiti Covid-19 selepas minum di bar

Sekumpulan 15 sahabat dijangkiti Covd-19 selepas bertemu buat pertama kali sejak lockdown di sebuah bar. Foto: lynchsirishpub/Instagram

SEKUMPULAN 15 sahabat jatuh sakit dan mengalami simptom wabak Covid-19 selepas minum bersama di sebuah bar.

Menurut salah seorang daripada mereka, Erika Crisp, 40, dia dan 14 rakan lain bertemu dan meluangkan masa di bar yang yerletak di Jacksonville Beach buat pertama kali sejak perintah berkurung dilonggarkan.

Erika yang menetap di Florida berkata, dia sendiri mengalami gejala seperti sesak nafas, sebelum hasil ujian menunjukkan dia positif Covid-19.

Menurut wanita itu, dia mendapati dirinya mengalami simptom tersebut selepas tiga hari kunjungan ke bar berkenaan.

Sehingga kini, 10 sahabatnya disahkan positif Covid-19, manakala empat yang lain masih menunggu keputusan ujian.

Menurut laporan media tempatan, segelintir pelanggan lain yang minum di bar tersebut juga disahkan positif Covid-19.

Tujuh daripada 49 pekerja bari itu juga disahkan positif bagi wabak maut itu.

Premis berkenaan kini ditutup buat sementara waktu. - Metro.co.uk

Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!

Covid-19, bar

Artikel Lain