suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Buat senaman punggung bersebelahan acara agama di Bali, influencer teruk dikecam

Aksi gadis itu dianggap tidak sensitif sehingga dia dikecam pengguna media sosial.

SEORANG selebriti media sosial atau influencer perempuan dikecam kerana melakukan senaman squat bersebelahan upacara agama Hindu di Bali, Indonesia.

Rakaman aksi gadis itu dikongsi di media sosial sebelum dia dihujani kecaman ramai kerana dianggap tidak sensitif.

Menerusi rakaman itu, jelas kelihatan dia bersenam beberapa meter sahaja daripada satu upacara agama yang sedang berlangsung.

Sehingga kini, video itu turut meraih ribuan tontonan di media sosial.

Dalam perkembangan semasa, destinasi libur popular itu dijangka dibuka semula kepada pelancong pada Oktober, ujar kerajaan Indonesia pada bulan lalu.

Ia bagaimanapun masih ditutup pada waktu ini disebabkan Covid-19 yang sedang melanda. - The Sun.

Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!

influencer, Bali, upacara agama, squat

Artikel Lain