suria

Alat senaman bergerak sendiri, 3 polis jadi saksi kejadian mistik di gim terbuka

Kejadian berlaku di sebuah gim terbuka di India.

TIGA anggota polis di Uttar Pradesh, India seakan-akan kelu tanpa bicara sewaktu melihat satu alat senaman di sebuah gim terbuka bergerak dengan sendiri.

Selain berdiri kaku berhampiran alat senaman itu, mereka turut membuat rakaman kejadian berkenaan.

Video itu yang dikongsi di Twitter sehingga kini menerima hampir 200,000 tontonan.

Selain itu, video berkenaan turut menarik perhatian selebiriti Bollywood, Vivek Oberoi.

Namun, ada juga yang kurang senang dengan penyebaran video itu yang dianggap seolah-olah mahu memburukkan reputasi gim berkenaan.

Hasil siasatan, polis mendapati ada individu yang meletakkan sejenis minyak pada alat tersebut menyebabkan ia bergerak dengan sendiri dalam satu jangka masa pendek.

Ia sekaligus mematahkan dakwaan kisah mistik dan disifatkan sebagai satu perbuatan prank sahaja. - The Sun.

Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!

gim terbuka, alat senaman, mistik, polis

Artikel Lain