suria

Sering beri makanan percuma kepada polis, nyawa pemilik restoran akhirnya melayang di tangan pasukan itu ketika sertai protes Black Lives Matter

Kematian McAtee mendorong perarakan besar-besaran di lokasi di mana dia terbunuh, berhampiran dengan restoran miliknya YaYa's BBQ Shack. Foto: Metro.co.uk/FB

SEORANG pemilik restoran yang sering memberi makanan percuma kepada polis, mati ditembak oleh pasukan pihak berkuasa itu dalam satu tunjuk perasaan Black Lives Matter (BLM) di Kentucky, Amerika Syarikat.

David McAtee, 53, terbunuh pada pagi Isnin ketika pegawai polis dan tentera Kawalan Negara (Gational Guard) sedang melaksanakan perintah berkurung di Louisville, di tengah gelombang tunjuk perasaan yang menuntut keadilan bagi George Floyd.

Keluarga McAtee mendakwa lelaki itu terbunuh ketika berusaha melindungi anak saudara perempuannya yang juga ditembak tetapi selamat.

Kematian McAtee mendorong perarakan besar-besaran di lokasi di mana dia terbunuh - berhampiran dengan restoran miliknya YaYa's BBQ Shack.

Beratus-ratus hadir bagi mengingati kematiannya dan memberi penghormatan kepada pemilik restoran yang disifatkan sangat disenangi ramai.

Restoran milik McAtee sering memberikan makanan percuma kepada pegawai polis ketika mereka sedang bertugas. - Metro.co.uk

Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!

Artikel Lain