suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Sanggup gadai nyawa demi video TikTok

Tindakan dua remaja terbabit dikecam kerana membahayakan nyawa mereka.

DUA remaja perempuan sanggup membahayakan nyawa sendiri demi menghasilkan sebuah video TikTok dengan menari di atas sebuah istana lama setinggi 60 kaki.

Remaja terbabit dilihat berlari di sepanjang runtuhan sebuah dindind di Ravenscraig Castle yang terletak di Kirkcaldy, Scotland.

Seorang penduduk yang tinggal berdekatan istana lama itu yang merakam adegan remaja terbabit dari tingkap rumahnya percaya mereka sedang membuat video TikTok yang menjadi kegilaan ramai ketika ini.

"Mereka kelihatan membuat video cabaran TikTok. Kedua-duanya dilihat melakukan tarian sama 10 kali," katanya.

Penduduk itu bagaimanapun tidak menjerit ke arah dua remaja terbabit kerana bimbang mereka terkejut dan mungkin terjatuh daripada runtuhan tersebut.

Polis menggesa orang ramai tidak pergi ke istana lama itu selepas seorang remaja berusia 14 tahun pecah limpa dan patah tulang pelvis akibat terjatuh.

"Orang ramai sering berkunjung ke situ untuk menikmati pemandangan tetapi bukan berlari ke depan dan ke belakang semata-mata untuk menghasilkan video TikTok.

"Ia perbuatan bodoh kerana mereka berdepan risiko maut jika terjatuh daripada runtuhan dinding tersebut," katanya. - Mirror

Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!

video, TikTok, istana lama, runtuhan

Artikel Lain