suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Budak 4 tahun terkena peluru sesat ketika berbuka puasa kini sudah tiada

Rafif disahkan meninggal dunia selepas mengalami kecederaan serius pada otak akibat tembakan peluru sesat.

SEORANG kanak-kanak perempuan maut selepas terkena peluru sesat ketika sedang makan bersama keluarganya.

Rafif Qara’een dilaporkan meninggal dunia akibat terkena peluru jenis M-16 semasa mahu berbuka puasa bersama keluarganya di Issawiya yang terletak di timur Baitulmaqdis pada 21 Mei lalu.

Media tempatan melaporkan peluru sesat itu mengenai kepala kanak-kanak warga Palestin tersebut.

Mangsa dikejarkan ke hospital Hadassah Ein Kerem tetapi keadaannya amat kritikal.

Pakar mengesahkan Rafif mengalami kecederaan serius di bahagian otaknya dan dia kini disahkan meninggal dunia.

Keluarganya tidak menyedari dia terkena peluru sesat sehingga dimaklumkan doktor mengenai perkara tersebut.

Datuk kepada kanak-kanak malang itu, Mahmoud Abu Riyaleh berkata mereka tidak percaya Rafif pergi sekelip mata.

Tiada tangkapan dibuat setakat ini.

Namun polis memaklumkan keluarga mangsa bahawa tembakan itu dilepaskan dari wilayah Anata. - Dailystar

Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!

maut, peluru sesat, tembakan, otak, Palestin

Artikel Lain