suria

Monyet larikan sampel darah pesakit Covid-19 selepas serang juruteknik makmal

Sekumpulan monyet tersebut menyerang seorang juruteknik makmal sebelum melarikan sampel darah berkenaan.

SEKUMPULAN monyet melarikan beberapa sampel darah milik empat pesakit Covid-19.

Haiwan tersebut menyerang seorang juruteknik makmal sebelum melarikan sampel tersebut awal minggu lalu di India.

Serangan itu berlaku ketika juruteknik itu berjalan di sebuah kampus kolej perubatan dekat Meerut, utara Lucknow di Uttar Prafesh.

Dr S.K.Garg, pegawai tertinggi di kolej perubatan itu berkata:"Sekumpulan monyet melarikan sampel darah empat pesakit Covid-19 yang masih menjalani rawatan.

"Kami terpaksa mengambil semula sampel darah mereka," katanya.

Pihak berkuasa bagaimanapun tidak pasti sama ada haiwan tersebut menuang sampel darah berkenaan.

Namun penduduk di sekitar kampus itu bimbang mengenai penularan wabak Covid-19 jika haiwan tersebut masih membawa sampel darah berkenaan.

Dr Grag tidak dapat mengesahkan sama ada haiwan itu boleh dijangkiti wabak itu jika mereka terkena sampel darah pesakit Covid-19.

"Tiada bukti ditemui bahawa monyet boleh dijangkiti pandemik itu," katanya.

Virus itu dipercayai disebarkan daripada haiwan liar di sebuah pasar basah dekat Wuhan, China tahun lalu.

Di India, seramai 165,799 disahkan positif Covid-19 manakala 4,706 meninggal dunia akibat pandemik itu. - Metro.co.uk

Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!

monyet, sampel darah, Covid-19, pesakit

Artikel Lain