suria

Ajaib! Bayi tertimbus dalam lumpur tanah runtuh ditemui masih selamat

Bayi itu kini dirawat di hospital dan sudah diambil sebagai anak angkat oleh seorang wanita.

PENDUDUK kampung berjaya menyelamatkan seorang bayi yang tertimbus dalam lumpur tanah runtuh di utara India.

Menerusi kejadian pada 25 Mei lalu di Uttar Pradesh, mangsa ditemui selepas seorang individu melihat kakinya terkeluar separuh dari tanah.

Ditarik keluar dengan berhati-hati, penduduk kampung terkejut melihat bayi itu masih bernyawa.

Selepas diselamatkan, dia terus dihantar ke sebuah hospital berdekatan untuk menerima rawatan.

Menurut doktor, terdapat sejumlah lumpur dalam saluran pernafasan bayi itu namun dia kini berada dalam keadaan stabil.

Kini, seorang wanita turut tampil untuk mengambil bayi berkenaan sebagai anak angkatnya. - The Sun.

Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!

Uttar Pradesh, tanah runtuh, bayi

Artikel Lain