suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Hajat mahu satukan dua beranak tak kesampaian, suami isteri ditembak mati pengawal sempadan Korea Utara

Pasangan tersebut ditembak mati ketika cuba melarikan diri ke sempadan negara itu.

PASANGAN suami isteri ditembak mati pasukan pengawal sempadan ketika cuba melarikan diri dari Korea Utara bersama anak saudara mereka yang berusia 14 tahun.

Pasangan tersebut yang berusia dalam lingkungan 50-an cuba melarikan diri ke selatan bersama dengan remaja lelaki itu untuk disatukan dengan bapanya.

Usaha tersebut bagaimanapun dihalang pasukan pengawal sempadan Korea Utara.

Remaja lelaki itu tidak ditembak tetapi nasibnya masih tidak diketahui.

Sumber berkata pasangan itu ditahan ketika cuba melarikan diri ke kawasan sempadan memandangkan kawalan di negara itu kini diperketatkan akibat pandemik Covid-19.

“Bapa remaja lelaki itu yang berjaya melarikan diri ke Korea Selatan meminta kakaknya untuk mempertemukannya dengan anaknya itu.

“Namun mereka ditahan pengawal di kawasan sempadan ketika cuba melarikan diri bersama-sama, ” katanya. - Mirror

Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!

Artikel Lain