suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Lelaki diserang harimau bintang, berjaya diselamatkan oleh anjing jalanan

Rakaman CCTV kejadian itu yang kini tular.

RAKAMAN ngeri memaparkan seorang lelaki diserang harimau bintang di sebuah jalan di Hyderabad, India ternyata mencuri perhatian ramai.

Menerusi rakaman CCTV yang tersebar itu, haiwan pemangsa berkenaan dilihat mengejar lelaki tersebut di tengah jalan.

Menurut laporan, kejadian berlaku pada Khamis dan lelaki tersebut bekerja sebagai pembersih lori.

Video berkenaan turut ditularkan menerusi laman Twitter.

Kelihatan harimau itu berhenti menyerang lelaki berkenaan apabila ia dikelilingi beberapa anjing jalanan.

Dalam pada itu, segelintir orang ramai kelihatan tidak menghiraukan risiko.

Mereka sebaliknya berhenti di tepi jalan dan cuba merakam haiwan ganas itu. - India Times.

Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!

Artikel Lain