suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Bapa namakan anak lelaki baru lahir 'Sanitizer'

Bayi lelaki itu diberi nama Sanitizer oleh bapanya.

SEORANG bayi lelaki yang dilahirkan di Uttar Pradesh, India dinamakan sebagai 'Sanitizer'.

Bapa bayi itu, Omvir Singh, berkata dia menamakan anaknya dengan nama itu kerana ia mempunyai keupayaan untuk melawan jangkitan Covid-19.

"Setiap kali orang bercakap mengenai korona, mereka akan sentiasa ingat sanitizer menyelamatkan mereka," katanya.

Sanitizer dilahirkan pada Ahad lalu di sebuah hospital dan ibunya, Monika berkata semua petugas kesihatan tersenyum sebaik saja anaknya diberi nama tersebut.

Pasangan itu turut meminta ahli keluarga dan saudara mara untuk mematuhi perintah berkurung sebelum meraikan kelahiran bayi mereka.

Sementara itu, seorang bayi perempuan di Gorakhpur turut dinamakan sebagai 'Corona' manakala bayi lelaki yang dilahirkan di wilayah Deoria seminggu kemudian diberi nama 'Lockdown'.

Di Rampur pula, seorang lagi bayi lelaki dinamakan sebagai 'Covid'. - Indiatvnews

Sanitizer, nama, bayi lelaki, Covid-19

Artikel Lain