suria

“Kahwin dengan putera raja, kenapa jadi krew kabin?” - Wanita terharu ditegur miliki wajah iras Meghan Markle

Christine (kanan) memiliki wajah hampir sama dengan Meghan (kanan).

PELANDUK dua serupa.

Mungkin itulah perkataan yang sesuai untuk menggambarkan persamaan wajah antara seorang krew kabin dengan isteri Putera Harry, Meghan Markle.

Menurut Christine Mathis, 32, dia mula ditegur akibat persamaan itu ketika Meghan popular dalam rancangan televisyen The Suits pada 2011.

Ujar petugas penerbangan JetBlue itu, teguran semakin memuncak apabila aktress itu memulakan hubungannya dengan Harry.

Katanya lagi, dia sering dihampiri penumpang pesawat yang mahu mendapatkan kepastian.

"Mereka tanya, adakah saya berlakon dalam The Suits? Jadi saya buat carian Google dan rasa terharu. Meghan sangat cantik.

"Kami juga ada persamaam, kami memiliki darah campuran. Saya semakin kerap ditegur lepas Meghan bercinta dan berkahwin dengan Harry.

"Ada yang tanya... kahwin dengan putera raja, kenapa jadi krew kabin. Selalu berlaku tapi saya tak kisah," ujarnya lagi.

Malah kata wanita itu, persamaan wajah dengan Meghan dianggap sebagai satu pujian untuk dirinya. - Daily Star.

Artikel Lain