suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Mode pemanduan auto, warna boleh diubah dengan aplikasi telefon antara ciri kereta tahun 2050

Konsep kereta masa hadapan oleh Auto Trader. FOTO: autotrader.co.uk.

PERUBAHAN zaman membawa pelbagai teknologi yang kadang-kala tidak terfikir dek akal manusia.

Antaranya, inovasi yang membolehkan warna kereta anda diubah pada bila-bila masa menggunakan aplikasi telefon sahaja.

Begitulah ciri-ciri kereta masa depan yang dijangka tersedia pada tahun 2050.

Selain ciri unik itu, kereta konsep oleh Auto Trader itu juga ditawarkan dalam mode pemanduan auto.

Malah, kereta pada tahun itu juga dikatakan akan dijana menggunakan eletrik sepenuhnya.

Menurut Auto Trader lagi, teknologi itu mungkin sudah tiba lebih cepat, seawal tahun 2040.

Antara ciri menarik lain termasuklah kereta yang dilengkapi katil. - Daily Star.

kereta, teknologi, Auto Trader, 2050

Artikel Lain