suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Afghanistan perkenal robot pelayan berhijab, aksi hidang burger di restoran jadi tular

Robot Timea yang mencuri perhatian ramai sejak diperkenalkan bulan lepas.

ROBOT pelayan yang direka seolah-olah kelihatan seperti wanita berhijab dirakam sedang melayan pelanggan sebuah restoran di Afghanistan.

Dikenali sebagai Timea, robot itu kelihatan sedang begerak di dalam restoran sambil menghidangkan burger.

Robot itu diperkenalkan pada bulan lalu dan kehadirannya ternyata membawa keterujaan buat pelanggan.

"Ia sangat menarik pada saya kerana ia robot pertama untuk restoran di Afghanistan.

"Seronok tengok robot," ujar salah seorang pelanggan yang dikenali sebagai Zahra.

Robot yang direka di Jepun itu bagaimanapun turut menerima kritikan.

Menurut satu posting media sosial, kehadiran robot disifatkan mencuri peluang pekerjaan yang sepatutunya diberi kepada manusia. - Daily Star.

robot, pelayan, Timea

Artikel Lain