suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Bergaduh dengan suami, wanita China sanggup terjun jambatan gara-gara tak mahu jalani saringan Covid-19

Rakaman melibatkan wanita ini turut menjadi tular di China.

DALAM kebimbangan masyarakat global berdepan Covid-19, timbul pula pelbagai cerita mengenai wabak itu.

Di China misalnya, seorang wanita sanggup terjun jambatan kerana enggan melalui ujian saringan Covid-19.

Dia kemudiannya berjaya diselamatkan dengan bot sebelum ditahan oleh pihak berkuasa.

Wanita itu dikatakan bergaduh dengan suaminya dan cuba melepasi saringan itu tanpa memakai topeng muka.

Kejadian itu berlaku pada 11 Februari lalu di wilayah Guangdong.

Dalam rakaman tular, dia dilihat bergaduh dengan anggota polis sebelum terjun jambatan.

Satu lagi rakaman berasingan memaparkan dia ditarik menaiki bot kecil sebelum dibawa ke tebing sungai. - Daily Star.

Covid-19, terjun jambatan

Artikel Lain