suria

Sanggup gali kubur jiran, lelaki percaya kepala orang mati boleh beri kekayaan

Samson dan dua rakannya ditahan pihak berkuasa kerana mencuri kepala orang yang sudah mati.

TIGA lelaki menggali semula kubur jiran mereka sebelum memotong dan mencuri kepalanya.

Samson Enrile, 25, dari Ghana dan dua rakannya menggali semula kubur itu sembilan hari selepas jiran mereka meninggal dunia.

Ujar Samson, proses itu mengambil masa selama tiga jam sahaja.

Samson yang menghadapi masalah kewangan percaya bahawa kepala orang mati boleh memberi kekayaan untuknya berdasarkan pembacaan dalam satu buku.

"Sewaktu pengebumian, Samson maklumkan dia ada sesuatu yang berguna untuk kami ubah nasib.

"Katanya, kepala manusia yang sudah mati. Ia boleh mengubah keadaan kami.

"Pada waktu itu, kami semua setuju untuk menggali semual kubur dan ambil kepala itu," ujar rakannya yang mendedahkan ritual karut Samson.

Tambahnya lagi, aktiviti itu dilakukan pada 20 Januari lalu.

Kini, Samson serta dua lagi rakannya sudah ditahan pihak polis.

Malah, mereka kini sedang disiasat dan dijangka didakwa di mahkamah atas kesalahan itu. - Daily Star.

kepercayaan karut, kepala, kubur

Artikel Lain