Cari kelainan pada Hari Kekasih, pekerja hotel dedah mahu lakukan seks dengan hantu

Gary mendakwa dia bercinta dengan hantu sejak dua tahun lalu.

TARIKH 14 Februari saban tahun sememangnya dikenali sebagai Hari Kekasih.

Ia biasanya diraikan oleh pasangan kekasih dan mereka yang sudah mendirikan rumah tangga.

Namun, lain pula ceritanya melibatkan seorang pekerja hotel dari New Jersey, Amerika Syarikat yang mendedahkan mahu melakukan hubungan seks dengan hantu pada Hari Kekasih.

Menurut Gary DeNoia, dia mengakui sudah menjalin cinta dengan manusia yang tidak wujud sejak dua tahun lalu.

Kata Gary, hantu wanita itu dikenali sebagai Lisa.

"Saya juga ada tinggalkan nota tersembunyi di apartmen. Benda-benda romantik, jenaka, perbualan nakal.

"Semua yang akan membuatkan dia tersenyum," kata Gary mengenai peracangannya untuk kekasih mistiknya itu. - Daily Star.

Gary DeNoia, Hari Kekasih, hantu

Artikel Berkaitan

Artikel Lain