suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Unik... foto dua ekor tikus bergaduh berebut makanan di platform subway menang anugerah fotografi hidupan liar

Foto dua ekor tikus bergaduh hasil bidikan Sam Rowley memenangi anugerah Wildlife Photographer of the Year. Foto: Sam Rowley

GAMBAR dua ekor tikus sedang 'bertarung' antara satu sama lain di platform kereta api bawah tanah di London berjaya merangkul anugerah tertinggi bagi kategori fotografi hidupan liar.

Dibidik oleh Sam Rowley, foto bertajuk "Subway Squabble" itu memenangi anugerah Wildlife Photographer of the Year's People Choice Award - satu pertandingan tahunan yang diadakan oleh Muzium Sejarah Alam di London.

Menurut laman web muzium itu, Rowley menghabiskan lima malam untuk projeknya, meluangkan masa untuk menangkap gambar di sistem metro London, di mana kira-kira 2 juta pengguna menggunakannya setiap hari.

Dia memerhatikan dua ekor tikus sedang berjalan ke arah cebisan makanan yang kecil sekaligus mengambil sekeping gambar ketika haiwan berkenaan 'bergaduh' berebutkan makanan tersebut.

Foto itu kemudian dihantar untuk pertandingan Wildlife Photographer of the Year.

Ia termasuk antara 25 foto lain yang terpilih untuk disenarai pendek, mengalahkan 48,000 foto lain.

Dengan meraih lebih daripada 28,000 undi, "Subway Squabble" kemudian terpilih memenangi anugerah tersebut. - cbsnews.com

Artikel Lain