suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Hampir 800 individu jalani ujian selepas pelancong positif Covid-19 naik teksi e-hailing ke hospital

Seramai 763 individu telah diuji untuk wabak koronavirus atau Covid-19 di United Kingdom (UK) pada Khamis selepas seorang pelancong menaiki perkhidmatan e-hailing ke hospital. Gambar sekadar hiasan. Foto: LNP

SERAMAI 763 individu telah diuji untuk wabak koronavirus atau Covid-19 di United Kingdom (UK) pada Khamis selepas seorang pelancong disahkan sebagai individu kesembilan positif wabak tersebut.

Ia susulan pelancong berkenaan yang menaiki pengangkutan e-hailing Uber ke jabatan kemalangan dan kecemasan (A&E) di Hospital Lewisham pada malam Ahad.

Dilaporkan, pemandu Uber berkenaan telah digantung buat sementara waktu dan dua kakitangan hospital yang bersentuhan dengan pelancong wanita itu telah diminta untuk melakukan pengasingan sendiri (self-isolate).

Pelancong berkenaan yang berusia dalam lingkungan 20-an atau 30-an, adalah warganegara China yang tinggal bersama keluarganya di London di mana dia dijangkiti virus tersebut di China.

Menurut sumber, wanita itu mengalami simptom jangkitan ketika mendarat di Lapangan Terbang Antarabangsa Heathrow sebelum menghubungi NHS111.

Dia pada mulanya dinasihatkan untuk mengasingkan diri terlebih dahulu di kediamannya dan menunggu pengangkutan tiba untuk dibawa ke hospital. - Metro.co.uk

e-hailing, Covid-19, hospital

Artikel Lain