suria

Spesis cicak ini dikesan tak bergerak lebih 7 tahun!

Haiwan amfibia ini hanya bergerak sekali dalam masa 12 tahun ketika mencari pasangan .Foto kredit: Matthijs Hollanders

SEJENIS reptilia yang habitatnya di kawasan gua ditemui kaku di lokasi sama untuk tempoh lebih tujuh tahun!

Spesis daripada keluarga cicak ini dikenali sebagai olm di Bosnia Herzegovina dikatakan tidak bergerak selama 2,569 hari, demikian lapor New York Post.

Haiwan sepanjang kira-kira 12 inci itu dilaporkan boleh hidup sehingga lebih 100 tahun.

"Ia ada di tempat sama, tidak bergerak atau lakukan apa apa," menurut Gergely Balazs dari University Eotvos Lorand di Budapest, Hungary kepada New Scientist.

Menjadikan kebanyakan gua sekitar Eropah sebagai habitatnya, ia gemar hidup dalam gelap sesuai dengan keadaannya yang memiliki kulit pucat dan mata yang tidak sempurna.

Untuk rekod ia sejenis amfibia iaitu haiwan yang rupanya seakan-akan bengkarung dan hidup di dua alam iaitu darat serta dalam air.

Walaupun kedudukannya di dalam gua yang menyukarkan untuk mendapatkan makanan, ia tetap berusaha mendapatkan apa sahaja di sekelilingnya seperti serangga dan siput, demikian lapor The Independent.

Laporan itu juga menyebut ia boleh hidup tanpa makan untuk bertahun-tahun lamanya, selain sifatnya yang anti sosial.

Ia dikatakan bergerak ketika mencari pasangan dan ia hanya berlaku sekali dalam masa 12 tahun atau beberapa kali dalam jangka hayatnya yang boleh mencecah lebih 100 tahun. - indiatoday.in

olm, Bosnia

Artikel Lain