suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Gadis maut dibaham singa ketika bertugas dekat kandang

Swans maut dilokasi kejadian akibat kecederaan serius.

SEORANG gadis maut dibaham seekor singa ketika sedang bertugas di sebuah rizab permainan.

Swans van Wyke, 21, diserang haiwan itu semasa melakukan rutin hariannya di kandang haiwan tersebut pada Khamis.

Paramedik dikejarkan ke lokasi kejadian selepas Swans pengsan di pintu kandang haiwan itu dengan kecederaan serius.

Dia dipenuhi darah dengan kesan gigitan yang dalam dan disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian.

Polis sedang melakukan siasatan di rizab permainan dekat Bela-Bela di Limpopo, Afrika Selatan.

Malah satu inkues turut dibuka.

Jurucakap polis, Kolonel Moatshe Ngoepe berkata:"Siasatan awal menunjukkan dia melakukan tugasnya ketika diserang seekor singa."

Namun sehingga kini tidak dapat dipastikan berapa jumlah sebenar singa yang menyerang Swans.

Rizab permainan itu ditutup kepada orang ramai selepas insiden itu.

Pada Ogos tahun lalu, pemilik sebuah rizab permainan berusia 70 tahun, Leon van Biljon atau lebih dikenali sebagai 'The Lion Man' terbunuh selepas diserang singa selepas dia cuba memperbaiki pagar yang patah dalam kandang haiwan itu. - Mirror.co.uk

maut, dibaham, singa

Artikel Lain