suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

China peruntuk 71.8 bilion yuan perangi koronavirus, kini berbaki 40 bilion yuan lagi

CHINA memperuntukkan dana fiskal berjumlah 71.85 bilion yuan (AS$3.3 bilion) untuk menyokong usaha mengawal wabak novel koronavirus, kata Menteri Kewangan pada Ahad lapor agensi berita Xinhua.

Sehingga pukul 6 petang Sabtu, sebanyak 31.55 bilion yuan telah dibelanjakan, kata Menteri Kewangan Liu Kun.

Liu berkata langkah-langkah pengawasan perlu diperkukuh untuk memastikan dana itu benar-benar disalurkan kepada mereka yang memerlukan.

Pihak berkuasa pusat fiskal akan terus menjalankan dasar untuk menyokong usaha memerangi wabak penyakit itu, kata Liu.

Katanya, memandangkan beberapa perusahaan kecil turut terjejas, pihak berkuasa fiskal di semua peringkat akan membantu meringankan beban mereka. - Bernama



 

koronavirus, China

Artikel Lain