suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Bayi lahir tak berwajah dibenar keluar hospital - “Harap Rodrigo kuat”

Rodrigo kini sudah dibenarkan keluar hospital.

SEORANG bayi yang dilahirkan tanpa mata, hidung dan sebahagian tengkorak dibenarkan keluar hospital selepas 40 hari meskipun doktor meramal dia hanya mampu hidup beberapa jam sahaja.

Rodrigo turut dilahirkan dengan masalah pendengaran dan juga kecacatan otak serta mulut.

Keadaan bayi itu amat mengejutkan ibu bapanya, Marlene Simao dan David Ribeiro yang mendakwa seorang doktor sakit puan tidak mengenal pasti sebarang kecacatan semasa empat ujian ultrasound dilakukan sebelum ini.

Rodrigo dilahirkan di Hospital San Bernado pada 7 Oktober lalu.

Meskipun bayi itu mengalami masalah kesukaran bernafas, keadaan kesihatannya menunjukkan peningkatan dari semasa ke semasa.

Ibu angkat Rodrigo, Tania Contente memberitahu media tempatan bahawa ibu bapa bayi itu berharap agar anak mereka kuat mengharungi kehidupannya.

"Rodrigo tidak lagi bergantung kepada doktor pakar untuk meneruskan kehidupannya. Jadi dia dibenarkan pulang ke rumah.

"Hospital menawarkan kemudahan rawatan untuk Rodrigo tetapi ibu bapanya mahu menjaganya di rumah," katanya. - Mirror.co.uk

Rodrigo, kecacatan

Artikel Lain