suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Bilik hotel bersambung dengan kandang kuda, harga satu malam bermula RM1,300

Bilik tidur yang bersambung dengan kandang kuda di sebuah hotel di Angola. FOTO: stable stays.

BERITA baik buat pencinta haiwan, sebuah hotel di Cumbria, Angola membenarkan pengunjung mereka tidur sambil ditemani kuda.

Di Stumble Stays, bilik untuk pengunjung bersambung dengan kandang, membolehkan mereka tidur ditemani haiwan berkenaan.

"Dari katil, anda boleh berborak dan beri makan kuda.

"Hotel ini khusus buat mereka yang meminati kuda, kami beri anda peluang unik.

"Inilah masanya untuk mimpi jadi realiti," kata pemilik hotel, Tracey Alexander.

Selain itu, pengunjung juga dibenarkan membawa kuda mereka ke hotel itu.

Untuk penginapan satu malam, harga ditawarkan bermula £250 (RM1,340). - Daily Star.

hotel, kuda, Angola

Artikel Lain