suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Ibu mengamuk gara-gara pihak sekolah selit brosur kempen kuruskan badan dalam beg anaknya

Brosur yang ditemui dalam beg anak Emma. FOTO:

SEORANG wanita berang apabila brosur mengenai kempen kuruskan badan diselit dalam beg sekolah anaknya, baru-baru ini.

Hanya ingin dikenali sebagai Emma, dia menemui brosur itu sewaktu memeriksa beg sekolah anaknya.

Terbaharu, seorang konsultan berat badan mengakui ia merupakan idea dirinya yang menyuruh pihak sekolah menyebarkan brosur itu.

Kata Nikki Anderson, brosur itu bukan untuk pelajar sebaliknya dimasukkan ke dalam beg untuk disampaikan kepada ibu bapa.

Tambahnya lagi, tiada sebab untuk Emma bersedih atau kesal dengan penemuan brosur tersebut.

Perkongsian Emma mengenai hal itu di alam maya turut menerima banyak reaksi.

Malah, ada yang menyifatkan tindakan sekolah dan konsultan itu sebagai menjijikkan.

Menurut Emma, dia terkejut kerana bahan sedemikian dibenarkan untuk disebarkan kepada murid-murid.

"Ia memberi risiko kecelaruan pemakanan dalam kalangan kanak-kanak. Ianya mengejutkan," kata wanita dari Staffordshire, England itu. - Daily Mail.

Emma, brosur, kurus, sekolah

Artikel Lain