suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Ibu berang, foto anak yang sudah meninggal jadi bahan raih simpati di Instagram

Rachel bersama keluarga temasuklah anaknya yang sudah meninggal dunia (kanan). FOTO: Cooper family / SWNS.

SEORANG wanita berang apabila foto anaknya yang meninggal dunia akibat kanser sembilan tahun lepas digunakan untuk tujuan penipuan.

Kata Rachel Cooper, dia terkejut melihat foto anaknya dalam sebuah posting yang meminta simpati pemain bola England, Harry Kane.

Kata Rachel, anaknya bertarung nyawa selama 15 bulan sebelum meninggal dunia.

Menerusi satu posting di Instagram, seorang individu menggunakan gambar anaknya untuk meminta dana.

Tambahnya, dana itu mahu digunakan bagi menjalankan sambutan hari lahir termasuklah menjemput pemain bola tersohor itu.

Malah, Instagram berkenaan berjaya mengumpul lebih 45,000 pengikut.

"Mula-mula saya ingatkan ia satu gurauan. Saya sungguh terkejut," ujar wanita itu.

Namun mujurlah akaun Instagram berkenaan sudahpun dipadam. - Daily Star.

Rachel Cooper, kanser, Harry Kane

Artikel Lain