suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Si bulus dua muka - “Kehidupannya berbeza dengan anak kucing lain”

Anak kucing dua muka selamat selepas dijaga rapi tuannya.

SEEKOR anak kucing yang dilahirkan dengan dua muka terselamat susulan dijaga rapi tuannya.

Dinamakan sebagai Duo, kucing itu lahir dengan wajah aneh dipanggil diprosopus berpunca akibat terlebih sejenis protein dikenali sebagai Sonic Hedgehog.

Anak kucing itu dilahirkan dengan satu badan dan kepala tetapi mempunyai dua hidung dan mulut serta empat mata.

Kebanyakan anak kucing yang dilahirkan dengan keadaan itu akan mati beberapa hari kemudian tapi Duo berjaya bertahan selama empat bulan.

Terima kasih kepada Dr Ralph Tran, doktor veterinar dari California yang merawat Duo selepas diabaikan ibunya.

"Duo diberikan kepada saya beberapa jam selepas haiwan itu dilahirkan. Saya bimbang dengan keadaannya yang berisiko tinggi untuk mati.

"Keadaan Duo dikenali sebagai 'Janus' atau diprospus. Duo mempunyai dua hidung, dua mulut dan empat mata. Kehidupannya amat berbeza dengan anak kucing lain. - Metro.co.uk 

anak kucing, dua muka

Artikel Lain