Budak 6 tahun miliki ekor seperti monyet, dipuja penduduk kampung sejak kecil

Shivam dilahirkan dengan ekor berbulu di belakang badannya. FOTO: Newsflare.

SEORANG budak lelaki berusia enam tahun menjadi perhatian warga sekitar kerana memiliki ekor di bahagian belakang badannya.

Gara-gara kewujudan anggota badan tambahan itu, dia turut dipuja oleh penduduk kampung yang mana dia dianggap seperti dewa monyet.

Shivam Kumar dilahirkan dengan ekor yang berbulu, sekitar enam tahun lalu di Delhi, India.

Sehingga kini, dia menerima layanan luar biasa oleh penduduk setempat yang menganggap dirinya cukup istimewa.

"Semua orang di kejiranan ini sayang padanya. Tetapi, ia memberi masalah sebab mereka selalu datang melawat.

"Ia mengganggu perjalanan kehidupan seharian kami.Kadang-kadang orang datang, kami kata dia tiada di rumah," ujar ibunya yang dikenali sebagai Reena.

Kata wanita berusia 30 tahun itu, dia bagaimanapun tidak berhasrat untuk membuang ekor berkenaan.

Malah katanya, anak lelakinya itu sihat sahaja dan langsung tidak mempunyai masalah kesihatan. - Daily Star.

Shivam Kumar, ekor monyet, India

Artikel Lain