suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Lelaki bawa singa untuk lawan anjing polis sewaktu demonstrasi jalanan

Kehadiran singa ini dirakam dalam satu pertempuran di negara itu, baru-baru ini.

SEORANG penunjuk perasaan dirakam membawa seekor singa yang dirantai dalam satu demonstrasi jalanan di Baghdad.

Menurut beberapa individu, mereka percaya haiwan itu dibawa untuk melawan anjing polis yang digunakan dalam demonstrasi berkenaan.

Video singa itu dipercayai dirakam baru-baru ini dalam pertempuran terbaharu di kota itu.

Sejak Oktober, protes meletus di Baghdad kerana ketidakpuasan hati orang ramai berhubung kegawatan ekonomi dan rasuah.

Sehingga kini, lebih 320 individu terbunuh akibat bertempur dengan petugas keselamatan.

Pada Khamis lalu sahaja, empat individu terbunuh dan lebih 50 yang lain cedera.

Demonstrasi turut berlaku di beberapa lokasi termasuklah di selatan Iraq. - Daily Star.

Artikel Lain