Pemuda maut tergelincir ketika berswafoto di air terjun Koh Samui - Dunia | mStar

Pemuda maut tergelincir ketika berswafoto di air terjun Koh Samui

Lokasi Palmier dipercayai tergelincir.

PERCUTIAN seorang pemuda bertukar tragedi apabila dia maut ketika cuba berswafoto di kawasan air terjun curam tanpa mengendahkan papan tanda kawasan berbahaya.

Bastien Palmier, 30, dan seorang rakannya berkunjung ke air terjun berketinggian 260 kaki di Koh Samui, Thailand pada pagi Khamis lalu.

Rakannya mendakwa Palmier tidak mengendahkan papan tanda kawasan berbahaya dan terus mendaki tepi air terjun Na Mueang 2.

Ia adalah lokasi sama yang menggorbankan seorang pelancong warga Sepanyol pada Julai lalu.

Palmier dikatakan berdiri dekat tebing air terjun ketika berswafoto dan cuba membetulkan kedudukannya sebelum tergelincir.

Dia bagaimanapun disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian akibat kecederaan parah di bahagian kepala dan badan.

Operasi mengeluarkan mayat hanya selesai tiga jam kemudian kerana keadaan batu yang agak curam dan licin.

Susulan itu, polis menasihati orang ramai supaya tidak memasuki kawasan larang demi keselamatan mereka. - Mirror.co.uk

swafoto , tergelincir , air terjun , Koh Samui

Klik

default image

Wawasan Kemakmuran Bersama 2030 sasar rapatkan jurang pendapatan rakyat... ini fakta penting yang anda perlu tahu

EKONOMI negara akan distruktur semula menerusi Wawasan Kemakmuran Bersama 2030 (WKB 2030).

default image

Wawasan Kemakmuran Bersama 2030... ketahui suara dan harapan rakyat

RAKYAT menantikan Wawasan Kemakmuran Bersama (WKB) 2030 yang dapat memberi manfaat kepada segenap lapisan masyarakat.

default image

Cekap tangani isu sekolah daif, Kementerian Pendidikan sasar selesai tiga tahun lagi

KEMENTERIAN Pendidikan sedang bekerja keras dalam usaha membaiki dan membina semula sekolah yang dalam keadaan daif di seluruh negara.

default image

Penggunaan air di Malaysia lebih tinggi daripada negara jiran? Jom kita jimat air!

ADAKAH penggunaan air kita setiap hari ke arah penjimatan atau pembaziran?

default image

TMM2020: “Malaysia ada makanan sedap, banyak tempat indah dan membeli-belah pun murah” - Muhamaddin Ketapi

MALAYSIA menetapkan sasaran 30 juta pelancong dengan sasaran pendapatan sehingga RM100 bilion untuk TMM2020.

Artikel Lain