suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Gadis tak mandi sendiri bertahun-tahun kerana alami 14 serangan sawan sehari

Brogan Evans bersama anjingnya. Foto Support Dogs

SEORANG wanita tidak dapat mandi selama bertahun-tahun tanpa pengawasan kerana menghidap penyakit sawan atau epilepsi.

Brogan Evans, yang tinggal di Birkenhead, Merseyside di United Kingdom didiagnosis dengan penyakit itu ketika berusia 17 tahun.

Menurut laporan Liverpool Echo, dia dipetik sebagai berkata, simptom-simptom itu menyebabkan dia tertekan sehingga dia diberikan seekor anjing untuk mengawasinya.

Gadis berusia 24 tahun itu bermula dengan sawan separa, yang menutup satu bahagian otaknya dan menyebabkan lengan kanan atau kaki kanannya kejung.

Keadaan Brogan semakin lama bertambah buruk dan dia mula mengalami serangan sawan sehingga 14 kali sehari.

Simptom-simptom itu bermaksud dia tidak boleh dibiarkan mengambil makanan bersendirian kerana dia sering tercekik. - Mirror UK

sawan, epilepsi

Artikel Lain