Video pemuda kahwini budak perempuan 10 tahun tular, netizen berang - “Istilah yang betul adalah rogol kanak-kanak” - Dunia | mStar

Video pemuda kahwini budak perempuan 10 tahun tular, netizen berang - “Istilah yang betul adalah rogol kanak-kanak”

Perkahwinan tersebut dikecam ramai.

RAKAMAN video menunjukkan budak perempuan berusia 10 tahun berkahwin dengan pemuda berusia 22 tahun di Iran menjadi bualan hangat netizen di media sosial.

Majlis perkahwinan itu turut dikecam ramai kerana kanak-kanak itu dilihat tersenyum seolah-olah tidak mengerti apa yang sedang berlaku.

Susulan penyebaran video itu, pihak berkuasa bertindak membatalkan perkahwinan tersebut dan beberapa individu akan ditahan bagi membantu siasatan.

Difahamkan kes itu bukan sesuatu yang baru di Iran kerana ramai lagi dipaksa berkahwin awal di negara tersebut.

"Amat sedih melihat kegembiraan di wajah pengantin kanak-kanak itu.

Netizen meluahkan rasa kurang senang mereka berhubung perkahwinan paksa ini di Twitter.

"Senyuman itu membuktikan dia tidak tahu apa yang berlaku di sekelilingnya," tulis seorang pelayar Twitter.

"Perkataan perkahwinan adalah bahasa formal yang menyembunyikan amalan biasa yang kotor ini. Istilah yang betul adalah rogol kanak-kanak".

Undang-undang perkahwinan di Iran adalah 13 tahun untuk gadis manakala lelaki pula pada usia 15 tahun.

Bagaimanapun perkahwinan boleh diteruskan pada usia lebih muda dengan persetujuan bapa atau datuk sebelah bapa yang telah mendapat persetujuan hakim mahkamah.

Menurut Parlimen Iran, terdapat 43,000 perkahwinan di Iran membabitkan pengantin perempuan berusia antara 10 hingga 15 tahun sejak Mac tahun lalu. - Metro.co.uk

kahwin , Iran

Artikel Sebelum

Mayat mereput tak henti bergerak lebih setahun

Artikel Berkaitan

Klik

default image

Jurang ekonomi penduduk bandar dan desa cabaran utama WKB 2030

JURANG ekonomi yang besar di antara kumpulan pendapatan, etnik serta kawasan luar bandar dan bandar antara cabaran besar yang dihadapi negara.

default image

WKB 2030: Ke arah masa depan rakyat dan negara yang lebih cerah

WAWASAN ini menjamin kemakmuran dan kekayaan akan dinikmati bersama tanpa mengabaikan tanggungjawab membela masyarakat bandar dan desa yang berpendapatan rendah serta miskin.

default image

Penggunaan air di Malaysia lebih tinggi daripada negara jiran? Jom kita jimat air!

ADAKAH penggunaan air kita setiap hari ke arah penjimatan atau pembaziran?

default image

WKB 2030 fokus 9 kumpulan terpinggir, ketahui siapa mereka

PENGURUSAN polariti dalam WKB 2030 mengenal pasti sembilan kumpulan sasaran sebagai golongan terpinggir.

default image

Wawasan Kemakmuran Bersama 2030 sasar rapatkan jurang pendapatan rakyat... ini fakta penting yang anda perlu tahu

EKONOMI negara akan distruktur semula menerusi Wawasan Kemakmuran Bersama 2030 (WKB 2030).

Artikel Lain