suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

'iPhone' berusia lebih 2,000 tahun ditemui bersama rangka Natasha

Pasukan arkeologi menemui sebuah kubur kuno milik seorang wanita.

PAKAR arkeologi menemui sebuah telefon bimbit 'iPhone' bersama rangka seorang wanita yang dipercayai berusia lebih 2,000 tahun.

Penemuan itu berlaku Republic of Tuva, Rusia yang dikenali 'The Russian Atlantis'.

Mereka menamakan wanita itu sebagai 'Natasha' dan objek segi empat tepat dihiasi dengan duit syiling China dan digelar 'iPhone', lapor Siberian Times.

Rangka wanita ditemui bersama objek yang dipercayai  mungkin kepala tali pinggang.


Objek itu sebenarnya mungkin kepala tali pinggang yang agak besar, dan syiling yang menghiasi ia dipercayai telah dicetak sekitar 2,137 tahun yang lalu.

Kawasan ini sangat menarik minat ahli arkeologi, yang pernah menemui kubur era Genghis Khan.

Dr Marina Kilunovskaya dari Institut Bahan Sejarah Budaya St Petersburg, menggambarkan tapak itu sebagai 'sensasi saintifik'.

Beliau berkata pasukan ekspedisi arkeologinya amat bertuah menemui tapak kubur kuno ini yang terlindung daripada perompak kubur. -metro.co.uk

Kubur kuno, iphone, arkeologi

Artikel Lain