suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

'Kantoi' buang air besar di lantai pasar raya, pelanggan cuba sorok najis bawah peti sejuk

Seorang pelanggan cuba menyembunyikan najisnya di bawah peti sejuk. Foto AsiaWire

RAKAMAN kamera litar tertutup (CCTV) di sebuah pasar raya, mengesan seorang pelanggan yang membuang air besar di lantai premis.

Lelaki itu yang menyedari najis berkenaan cuba menyembunyikannya di bawah peti sejuk.

Insiden berlaku di Karasu, Turki sehingga menjadi tular di media sosial.

Bagaimanapun, lantai pasar raya semakin kotor apabila dia cuba menyeret najisnya ke bawah peti sejuk.

Klip video itu kemudian menunjukkan pelanggan terbabit membuat belian sebelum beredar.

Tidak dipastikan sama ada pasar raya tersebut melakukan siasatan berhubung insiden. - Daily Star



buang air besar, najis

Artikel Lain