suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Kucing kembali ke pangkuan tuannya selepas 11 tahun hilang

Maggie akhirnya bersatu semula dengan Tiger selepas 11 tahun.

PELIK tapi benar. Begitulah kisah dilalui seorang wanita yang bersatu semula dengan kucingnya yang hilang sejak 11 tahun lalu.

Kucing tersebut yang diberi nama Tiger kembali ke pangkuan Maggie Welz dari New York selepas staf penyelamat haiwan menggunakan pengimbas mikrocip untuk menjejaki pemiliknya.

Tiger hilang selepas pintu rumah Maggie dibiarkan terbuka.

Walaupun Maggie dan keluarganya berpindah ke apartmen lain, dia sentiasa berharap kucingnya itu akan kembali suatu hari nanti.

Malah Maggie meminta jirannya supaya memaklumkannya sekiranya ternampak kucing mirip Tiger.

Namun seorang staf penyelamat haiwan yang bekerja untuk badan amal penyelamat haiwan SPCA berjaya mengesan Maggie menerusi imbasan mikrocip pada kucing itu.

“Saya berterima kasih kepada SPCA kerana kewujudan dan sikap dedikasi mereka bagi memastikan Tiger selamat,” katanya. - Metro.co.uk

kucing, hilang, Tiger

Artikel Lain