suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Pengantin baharu maut beberapa minit selepas majlis kahwin

Harley dan Rhiannon berkahwin pada Jumaat sebelum terlibat dalam kemalangan. Foto 6KFDM

SEPASANG suami isteri maut dalam kemalangan jalan raya, hanya beberapa minit selepas majlis perkahwinan mereka.

Harley Joe Morgan, 19, dan Rhiannon Boudreaux Morgan, 20, kedua-duanya dari Vidor di Texa, Amerika Syarikat berkenalan sejak di bangku sekolah.

KFDM melaporkan majlis perkahwinan itu diadakan di kamar mahkamah di Orange County, Texas pada Jumaat lalu.

Ketika kejadian, Harley memandu kereta keluar dari lokasi majlis perkahwinan, manakala isterinya duduk di tempat duduk hadapan.

Kenderaan yang dipandu Harley melanggar sebuah trak pikap. 

Kedua-dua mangsa meninggal dunia di tempat kejadian, manakala pemandu trak pikap tidak mengalami kecederaan . -Mirror UK

pengantin

Artikel Lain