suria

Lelaki meninggal dunia akibat penyakit paru-paru, dipercayai punca hisap vape

Penyakit paru-paru dikaitkan dengan tabiat menghisap vape.

SEORANG lelaki dilaporkan meninggal dunia berpunca daripada menghisap rokok elektronik sekaligus menjadi mangsa pertama di Amerika Syarikat.

Kematian itu juga terus menimbulkan persoalan mengenai keselamatan menghisap vape, yang mejadi pilihan di United Kingdom (UK) sebagai alternatif untuk berhenti hisap rokok.

Mangsa yang tidak didedahkan identitinya dipercayai berumur antara 17 hingga 38 tahun.

Kematian berpunca akibat masalah berkaitan penyakit paru-paru.

Pengarah CD Rober Redfield berkata: “Tragedi ini menggambarkan betapa seriusnya risiko berkaitan dengan produk e-rokok.

“Menghisap vape dengan pilihan berbeza-beza yang kurang maklumat tepat berkaitan kesan-kesan termasuk perasa, nikotin.”

Dilaporkan sekurang-kurangnya 22 orang berusia di antara 17 dan 38 tahun menghidap beberapa jenis penyakit pernafasan selepas menggunakan e-rokok, manakala 12 kes lain pula sedang disiasat.-metro.co.uk

Vape, paru-paru, maut

Artikel Berikut

Artikel Lain