suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Lima disambar petir ketika main golf

Beberapa orang cedera dalam satu kejadian petir ketika kejohanan golf berlangsung.

BEBERAPA orang digegaskan ke hospital akibat dipanah petir ketika berada di padang.

Menurut laporan, lima orang peminat golf tercedera ketika sedang selepas bermain dalam satu kejohanan golf di Atlanta, Georgia.

Kesemua mangsa menerima rawatan kecemasan sebaik sahaja tiba di hospital menaiki ambulan.

Kejohanan pusingan ketiga Jelajah PGA itu terpaksa ditunda selama 30 minit.

Jelas seorang mangsa, lubang ke-16 memang dibuka untuk orang awam bermain di situ.

“Berlaku satu letupan besar dan selepas itu anda akan rasa satu angin yang kuat.

“Ia seperti satu cahaya yang hampir dengan mata. Selepas itu hujan lebat berlaku,” ujar Brad Uhl. – metro.co.uk

Petir, golf, cedera

Artikel Lain