Wanita tuntut cerai kerana suami terlalu romantik, manjakan dengan hadiah - Dunia | mStar

Wanita tuntut cerai kerana suami terlalu romantik, manjakan dengan hadiah

Seorang isteri menuntut cerai kerana suami bersikap terlalu romantik. Gambar sekadar hiasan

SEORANG wanita memfailkan penceraian hanya kerana suaminya bersikap terlalu romantik.

Wanita itu hadir ke mahkamah di Emiriah Arab Bersatu (UAE) dan menuntut penceraian selepas setahun mereka berkahwin.

Memberi keterangan kepada mahkamah, wanita itu dihimpit oleh perasaan cinta dan kasih sayang keterlaluan.

"Malah, suami sanggup bantu saya bersihkan rumah," katanya.

Memetik laporan Kaleej Times, sikap suaminya membuatkan wanita itu menderita.

"Bila bertengkar sepanjang hari, suami saya bersikap romantik yang selalu memaafkan saya dan memberikan saya dengan banyak hadiah," katanya dipetik sebagai berkata.

"Saya mahu perbincangan yang sebenar, walaupun dengan pertengkaran, tapi bukan dengan kehidupan yang tanpa bertengkar," katanya.

Jelasnya, suami memberitahu tidak melakukan sebarang kesalahan dan hanya mahu menjadi suami yang baik hati dan sempurna.

Suami wanita itu kemudian meminta mahkmah memberi nasihat kepada isterinya agar menarik balik tuntutan kes penceraian tersebut. - Mirror UK



cerai , romantik

Artikel Berkaitan

Artikel Lain