suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Kecil seperti telefon bimbit, ibu tak sangka bayi ajaib mampu hidup normal seperti orang lain

Aaliyah kini menjalani kehidupan normal seperti kanak-kanak lain.

SEWAKTU dilahirkan, Aaliyah Hart menjadi bayi paling kecil di Britain.

Dilahirkan tiga bulan awal, siapa sangka dia mampu bertahan dan hidup sehingga hari ini.

Menurut doktor di Hospital Kota Birmingham, dia hanya mempunyai satu peratus peluang untuk hidup.

Ia susulan masalah paru-paru yang dihadapi yang mana ia tidak terbentuk dengan normal.

Malah, saiznya juga sangat kecil, persis sebuah telefon bimbit.

Kini berusia 16 tahun, dia menjalani kehidupan seperti remaja biasa.

Baru memperoleh keputusan GSCE (Sijil Menengah), dia kini akan menyambung pengajian dalam bidang seni persembahan di Kolej Solihull.

"Saya sangat bangga dengannya. Saya tak sangka dia akan hidup dan boleh menduduki GSCE. Kini dia juga tidak perlu menjalani pemeriksaan doktor lagi.

"Dia agak kecil untuk paras umurnya, tapi dia sihat," ujar ibunya, Lorraine yang berusia 58 tahun. - Daily Star.

Aaliyah Hart, bayi ajaib, GSCE

Artikel Lain