suria

CCTV rakam mentol lampu bergerak sendiri di dalam bengkel

Rakaman aneh menunjukkan mentol lampu bergerak dengan sendirinya.

RAKAMAN kamera litar tertutup (CCTV) memaparkan mentol lampu bergerak dengan sendiri sekali gus membuktikan wujudnya aktiviti paranormal di sebuah bengkel.

Video itu bermula dengan pemandangan di dalam bengkel yang dipenuhi perkakasan jentera, peralatan elektrik dan tangga.

Namun tidak lama kemudian, mentol lampu dilihat bergerak ke meja berhampiran.

Nampaknya tiada sesiapa berada di dalam bengkel tersebut yang menjadikan gerakan itu lebih aneh.

Pengguna Reddit u/xgsxr110 kemudian memuatnaik klip video itu ke dalam laman Paranormal.

Menurut netizen, lelaki tua yang memiliki perniagaan itu tinggal di sebuah rumah di dalam kawasan tersebut dan meninggal dunia di sana.

Video itu menjadi tular dan mendapat pelbagai reaksi netizen.

"Ia benar-benar kelihatan seperti seseorang menolak mentol tersebut," kata seorang netizen. - Dailystar.co.uk

rakaman CCTV, hantu, paranormal, bengkel

Artikel Lain