suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Gagal tunai janji manifesto, ahli politik dipaksa pakai baju wanita

Datuk bandar dan pengurus perbandarannya dipaksa memakai baju wanita kerana gagal memenuhi janjinya kepada rakyat. Foto odditycentral

SEORANG ahli politik dipaksa memakai pakaian wanita kerana gagal menunaikan janjinya.

Javier Sebastián Jiménez Santi yang memenangi pemilihan datuk bandar di Huixtan, bandar kecil di Mexico, berjanji untuk memperbaiki sistem pengairan tempatan.

Bagaimanapun, beliau gagal memenuhi janjinya.

Selepas 'janji tinggal janji', penduduk tempatan menyerbu pejabatnya, dan mengarahkan Santiz dan pengurus perbandarannya, Luis Ton memakai pakaian wanita.

Datuk bandar Santiz dipaksa memakai skirt panjang warna gelap dan blaus putih, sementara Ton memakai gaun merah jambu polka dot putih.

Bukan setakat itu, kedua-dua mereka diarak ke seluruh bandar Huixtan selama sekurang-kurangnya empat hari di hadapan khalayak ramai. - odditycentral


ahli politik, datuk bandar

Artikel Lain