suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Tiada sambutan besar-besaran, ini sebab Meghan rai hari lahir di rumah saja

Meghan bersama suami, Putera Harry dan anak mereka, Archie. Foto AP

MEGHAN Markle menyambut hari ulang tahunnya ke-38 pada Ahad.

Ia merupakan sambutan kali kedua sejak menjadi keluarga diraja Britain, dan yang pertama selepas bergelar ibu kepada Arhice.

Bagaimanapun, menurut sumber dalaman, Meghan mengelakkan daripada sebarang sambutan ulang tahun kelahirannya secara besar-besaran.

Keputusan itu dipercayai susulan kecaman gara-gara majlis menyambut bayinya atau baby shower di New York, Amerika Syarikat menelan belanja yang tinggi.

Sebaliknya, isteri kepada Putera Harry itu hanya menghabiskan masanya di kediaman pasangan itu di Frogmore Cottage di Windsor, United Kingdom. - Mirror UK

Artikel Lain